Friday, May 22, 2009

Wednesday, May 20, 2009

BREAK DOWN!!!!

cam taw2 je laptop aku nie.

time cuti sem ni la buat hal lagik.

sem lepas pon camtu gak.

rase nak hempas kat batu je.

x dapat r nak online dah lepas nie.

nak antar kedai...jauh lak.

tgu r kalo ade mase.kene g

ipoh gak.

Friday, May 15, 2009

gagak pulang ke sarang 3

mane entry tuk gagak pulang ke sarang 3 nie.

ape yg berlaku lepas tuu.pemals btol!!

Thursday, May 14, 2009

gagak pulang ke sarang 2

3.10ptg:

cam org gile aku dok tertidoq tepi moto kat

pam minyak tu.tapi puas gak r tidoq.aku pon

g la beli dentine nak buat bahan mengunyah

masa dlm perjalanan nnt.siap dah basuh muka.

aku pon g r isi minyak dulu.5rgt cukup kot

samapi simpang pulai.dah siap isi aku jalan.

3.36:

laju nya aku bawak.ade r cecah 120kmj.

sekejap je sampai simpang pulai.aku isi

minyak lagi.kali nie cukup2 sampai

rumah.lega la skit dah sampai ipoh.

tp perjalanan harus diteruskan jugak.

tgk arah utara,langit mendung kelabu...

ahh..jalan je laa

4.10ptg:

aku tgk keta kat sebelah sana dah basah.

kompem hujan kat depan.aku redah je laaa

dgn harapan hujan biase je..sampai kat tempat hujan

aku berenti laa.bukak baju hujan.nnt laptop basah.

masa aku redah nyer hujan....

xtaw nak cakap laa.ni bukan hujan biase nie.

ni ribut.lebat giler.cam puting beliung pon ade.

nak melayang2 moto.aku bukak visor helmet je,

cam kene simbah air kat muka.lebat giler.

nasib baik xde lembu terbang...

Wednesday, May 13, 2009

gagak pulang ke sarang

aku balik kampung 11hb haritu.

kali ni naik AGG.lone renjer sesorg.

11.15pg:

aku bertolak dari kolej.x sampai 3KM.

dah jumpa org eksiden.tayar moto pecah.

terbalik anak beranak kat jalan raya.

sian pak cik tu.aku pon sempat berenti dan tolong ape yg patut.

naseb baek ade keta berenti gak.tolong antar g hospital.

lepas tu aku pon meneruskan perjalanan.

12.10tgh hari:

sampai check point 1st.R&R Rawang.

kat cni aku aku mkn tgh hari jap.

bkn la tgh lapaq pon.tp sekadar isi perut je.

minyak isi penuh2.sbb lps ni nak sampai tapah.

mesti minyak abes tross.dah penuh jalan!

1.45ptg:

gila babi ngantuk.naik moto pon leh mengantuk.

ni pon sbb mkn td la kot.naseb baik la aku bule

kawal lagi.mata dah terkebil2 nak tidoq.

berenti jap kat Behrang.cadang nak g tdoq.

tp byk sgt lalat kat ctu.rehat jap.dah 15 minit.

jalan lagi.minyak ade lagi skit.sempat ke sampai

tapah nie??

2.20ptg:

hmmm.nasib baik sempat sampai.meter minyak pon

dah sampai merah dah.pinggang pon cam nak patah.

buntut pon sakit.sabor je laaa.

kat R&R Tapah aku x dok ctu.sebaliknya

aku lepak kat petronas je.letak beg kat tepi

moto jap.cam org gile skit.aku dok lepak sebelah

AGG.dengan x semena2 aku tertidoq......

to be continue...........

merah

kenapa la aku pilih warna merah lagik.

dah r dia warna merah.tambah warna merah lagik.

merah warna kegemaran aku ke??

haihhh.xtaw nak kate laaa.

bende dah berlaku.

kaw bertambah warna merah lagi....

Monday, May 11, 2009

pulang

aku nak balik
aku nak balik

aku nak balik

yeaa yeaa yeaa....

rekod selama 156 hari di kolej akan ditamatkan esok.

haahahahahahah.

akhirnya aku balik rumah

Saturday, May 9, 2009

letih

penat...

letih...

yg tu biasa la dapat dlm perjalanan yg jauh

baru sampai pukul 5.30pg td.

x tido pon lagi nie.

yg ni je dapat tulih.yg lain tu

coming soon....

hehe

Saturday, May 2, 2009

cadangan aku diterima


cadangan aku utk semester depan diterima bulat2.

walaupon agak tipis peluangnye.tapi aku still

dapat sokongan daripada mtm lain dan juga Umi.

Ekspedisi Gunung Kinabalu.satu aktiviti

yang tergempak sesi retreat kali nie.

aku mencabar diri aku membuat sesuatu yg baru.

yang agak susah,memerlukan kesungguhan dari segi fizikal,mental

dan masa.adakah aku dah bersedia utk program itu???

ape2 pon paperwork kene jalan awal dulu.

cari sponsor byk2.harap dpt sokongan dari semua org.

hahahhaa.KINABALU TUNGGU KEMUNCULAN AKU DI SANA>>>>

aku x balik rumah lagi

haihh.bila la aku nak balik rumah nie.

semester dah pon abeh dan cuti pon dah stat.

tapi aku x balik lagi.

bukannya x mahu balik.tapi keadaan x

mengizinkan utk aku balik.ade retreat la

plak.nak buat camne.dah jadi tanggungjawab aku

sebagai MTM.tp aku kena balik gak ari ahad nie.

x kira.nak balik gak....

Monday, April 27, 2009

D.E.M.A.M

dah masuk hari ke 5 aku demam.

bila nak baik nie???nak kata

x makan ubat.mgkin kot.setakat

telan panadol je laa.tp mls r mkn

panadol.buat rosak perut je.

setakat minum air isotonik ade r.

100plus ngan revive.hari tu

jawab exam pon tengah demam.dah r

dewan tu sejuk giler.siap pensyarah

tegur lagi, "awat pucatnyer muka kamu??"

mungkin....dugaan dari Allah.

Moga aku cepat sembuh.essok dah

kene kerja.

Thursday, April 23, 2009

RUMC @ PD




RUMC singkatan kpd Rajaudang Motor Club
kembali dengan Port Dickson menjadi destinasi.
Dengan seramai 15 orang dan 12 buah motosikal,
kitaorg g bercuti merelaxkan diri walaupon
tinggai satu paper je lagi.Tapi konvoi kali
nie memang terbaik la katakan daripada dulunye
konvoi.perjalanan agak terancang daripada dulu punyer
walaupon hujan lebat di highway nilai.tapi pehal pon
Alhamdulillah selamat sampai.Aktiviti xde la mana sangat,
tapi memang enjoy gila r.mandi swimming pool,laut,boling,
pool,jalan2.perghh layan.pada membe2 aku yang dah nak grad.
mase ngan korang xkan aku lupakan.korg mmg best.
bile nak konvoi lagi,ajakla aku sekali.








Tuesday, April 21, 2009

ternyata amat meletihkan


exam dalam minggu ternyata amat meletihkan.
3 paper dalam 3 hari berturut.
ternyata amat meletihkan.

tidak tidur sampai ke pagi
tiap2 hari
ternyata amat meletihkan

bukak facebook tiap2 hari
ternyata tak meletihkan
dan ternyata melaghokan :p

tapi ketika aku letih..
sempat jugak diorg nie...
hmmm.sabor jelah.

Wednesday, April 15, 2009

mohle kite belajo loghat perak


Kawan aku selalu suruh aku cakap loghat Perak. Tetapi tak tahu kenapa lidah aku boleh jadi kelu. Aku memang tak biasa cakap bahasa sendiri dengan orang luar.

Loghat Perak ade banyak jenis
-Loghat Perak kuno ( dah pupus rasanya)
-Loghat Perak 'standard'
-Loghat Kuale(kuala kangsar,padang rengas)
-Loghat Perak Bota (daerah Perak Tengah dan paling pekat)
-Loghat Perak Utara (lebih kurang Kedah, di bahagian Bagan Serai, Parit Buntar .....)

-Loghat Perak Selatan (lebih kurang bahasa Melayu 'standard')

-Loghat Hulu Perak(terpengaruh dengan bahasa Siam dan Kelantan)
Loghat Perak ini banyak meminggirkan huruf 'R'.
Contohnya kerbau = KEROBO ---> ke-gho-bo
Jadi huruf R akan bertukar menjadi 'GH'. Mungkin ini salah satu sebab sampai sekarang aku gagal menyebut huruf 'R' dengan sempurna...(Hehehe...dan-dan je)

aku lahir kat perak utara.tempias kedah tu tipu r kalo aku cakap takde.dah r lahir kat kawasan orang banjar.sekolah pulak tinggi2.memang telah distandardkan.tapi aku tak lupa diri.aku tau sapa aku.asai dari mana.tapi jadi yang standard ni yg bagus nya bole paham sket semua loghat yang ada.nak cakap tu boo ooleh lah.

Loghat Perak ini banyak meminggirkan huruf 'R'.
Contohnya kerbau = KEROBO ---> ke-gho-bo
Jadi huruf R akan bertukar menjadi 'GH'. Mungkin ini salah satu sebab sampai sekarang aku gagal menyebut huruf 'R' dengan sempurna...(Hehehe...dan-dan je)

KATA GANTI NAMA

Saya/Aku = Awok, Keme, Teman
Awak/Engkau = Mike, Kamu
Kamu Semua = Kome
Mereka = Deme (there mer)
Panggilan untuk orang lelaki / anak sulung lelaki= Yob
Panggilan untuk orang perempuan / anak sulung perempuan = Yong


Istilah-istilah ini aku salin daripada internet saja. =)

HAKAP = Tamak

NGELER'WO = Ngelewor, Nge Ley Wo –
Terumbang ambing kekiri ke kanan [Macam ular kena palu]

BULOR =, Bulo, Bu Lo –
Lapar tak makan ATAU Ingin, Hendak [biasanya dengan pangkal negatif -
Tak]

BOLEN = Bertelanjang Bulat

MERABAN TEBEN = [Reyben Teyben] –
Tak Tentu Arah, Perbuatan yang Pening

NYELAP SADOR = seseorang yg seperti dirasuk @ di luar kawalan di
tahap sederhana... .

NGELE'NYOR = Mengedik atau pun ngada²/ gatal

BIOT = Degil

PEROK = jakun / tak pernah tengok benda..

MUNCOH = dah kaya banyak duit atau berharta

TOBEN = tua Bangka

MERAMBU = joli sana sini

KEMIN = kemas

NYEGHOGIN = tersenyum sorang diri

REBEN TEYBEN = seluin jer – selekeh

TAK AJAP = TAK layan/ tak jadi hal

MENTEKEDAGHOH = menterchiker – makan

MEROLOH = Tidor.

GHODI/KODI = repair/belek

MENTONG = makan sampai due kali atau tambah 2 kali

PAKA@ PAKEI = pakai atau guna

YA'NGAT = minuman panas (tea, kopi, melo, neskepe dll)

CIK CIBOR = pepatung

KALA LIPIT = kala jengkin (scorpions)

CENCOGHOT = tikuih ketughi

JELEBOR = labi²

LABUN = cakap

SEMUT GATEY = semut api

MENGKIOK = besar sikit dari anai2 selalunya menjadi kalkatu..

BEDAGHOH = berdarah



CENANGOR = serangga yg berbau busuk selalu dijumpai berhampiran dgn
lampu

LECAH = Lumpur

NGETIT = ngokak / gigit ketip

CONONGGENG = b***** ayam-
sample ayat:"cube bak sini cenonggeng goren tu"

ENCONOT =..... .. atau tongken ayam

LIBANG LIBU = perasaan resah gelisah....

MEGHEDANG-GHEDANG = (meredang-redang) maksud dia membuta-tuli

SENTEN = menarik kaki seluar ke atas.....ataupun singkat dlm bahasa
pekan nya

SIUT = cucuh / menyalakan

NYARIGH = mujor

BENGKIN = garang

GETAK =jatuh / luruh

GEGHOTOK/GEROTOK = jambatan

MENTELUN = seluar panjang (pantaloon)

KAYU ROL = kayu pembaris

SEPEROH = alas / lapik meja

JEGHOLONG = tempat buang sampah kat tepi hutan

PIOR = tulin asli

ACEKEME = macamana kalau

PENGGE = lontar, baling

HAMBAT = kejar

GHULU GHELO = hulu hilir

NGELAT = menipu

SELE'WIN = kira buat asal siap, comot

HINCIT = Ketepi, ngeysot

GETIK = nyampoh (menyampah)

GANJEI = terkena / naya / terkejut

REBER = sesak, beriya, gedik, poyo..

SA-NGEIYR atau SANGEI = tudung saji

SI-YAR* (sengorkan bunyi..yar.. tu..) = mangguk tingkat

MENYENGKET - mengintai, mengendap

GILA SEPEREGHE = separuh gile

BEBEY = degil tahap batu gajah

NIN = jernih...
'nin bebenor ayor sungei tu...terhinggin benor nak terojun..'

GENYII = geli geleman

MENYELEBIUR= terjuih bibir

NYADIN = buat derk aje

MELENGKO = membelit
'ater komer lekas nengok ulor beso melengko ataih pago rumoh pak
bako.'

MENEBEN MUKE = melangok kat kedai kopi

TAK SIOR = tak ingin

BERDANO = kotor sangat

NYENDIN = tumpang sekaki

SEMBAI = pasir halus yang basah...(pasir sungai)
cher miker pegi kaup sembai kat sungei tu, elok bebeno mbuat bancuh
simen

LIMBAH = air kotor/Lumpur

MENGEROGHNYOT = berdenyut-denyut

MEMBANGAO BAU = busuk baunya

BERDA'AH = bohong/menipu/ kelentong

TERPEROGHONGO = berlubang besar

PETIA = memang sudah direnung/ memang yakin

NYIOR KUTEY = kelapa yang dah kering kat atas pokok kelapa

BERONGGOK = berkumpul

TAWO LEYSYUR = masakan terlalu tawar

JENUH = lama sangat..

BONYEH = berlendir/berlendio r

MELANTUNG KOHONG = busuk sesangat

BENGKEN - Garang, cengih

TENEHOK - Terkilan

TAKHSYIOR - Risau sebab ragu2

JELEPEK - Keadaan badan yg lemah longlai, tak terdaya buat apa2

GOBOK - Almari

PEJOH - Hal keadaan tidur yg terlalu lena sampai tak sedar apa (tido
mampus)

NYOGHOGAT - Perasaan menyampah terhadap sesuatu + sikit tak suka

GETIK - Tak suka / Benci

LANGGAT - Susun; biasa guna pada pinggan eg: "Ce langgat pinggan tu
Man..."

CE - Cuba / Try

MENGHENTE-Merempat

GOSTAN-Undur belakang.

NOHEN-No hint Buat tak ambil peduli

HEMPAH PIOR-Bertungkus lumus,bersungguh2.

NYEGHOLANG-Terang bernderang,bercahay a2.

BERGHANSO-Mintak diri,nak balik.


Jikalau Bahasa Melayu ade kategori Manglish, bahasa Perak pun ada Peralish juga...

GOMEN (Government) = Kerajaan

PUIH OPES (Post Office) = Pejabat Pos

PORES (Forest) = Peker

MENTOKA/MOTOKAR (Motorcar) = Kereta


SELAIT (Torch Light) =Lampu Picit

MAKET (Market) = Pasar

Thursday, April 2, 2009

KAWAN


Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

Tuesday, March 31, 2009

Anjing Nestapa


ketika aku sedang megah memandu BMW X6 menyusuri highway utk pulang ke kampung tercinta,tetiba ku terdengar deruan anjing menyalak2 diluar kereta ku.lalu aku memandang meter kerata ku yg menunjukkan angka 200km/j.lalu hatiku berkata2,adakah anjing ini berjaya mengejar kereta aku ini atau sudah lame tersepit di celah pintu kereta???Ahhhh.biarkan haja anjing itu.aku mahu teruskan perjalanan ini.tetapi....
suara anjing itu x habes2 menyalak lagi tetapi makin kuat.."memang nak kene anjing nie"bisik hatiku...Cis kacau btol la hanjing nie.elok aku mimpi yg best2,time ni la nak muncul.anjing ape yg masuk blok nie.bkn anjing dah pupus ke dek pembasmian etnik oleh pihak pak guard dulu.
aku pon kuar bilik ingin taw ape yg terjadi...Huh!aku ternampak John sedang memegang mop lantai panjang 1.5meter.lalu John yg x terkejut melihat muka serabai aku pon bgtaw sambil menunjuk pada anjing kaler ape ntah di top floor!!!
pergghh!!camne sesat leh sampai top floor nie??dengan kehadiran aku membuatkan anjing itu semakin ligat menyalak dan menyebabkan semua penghuni blok terjaga.lalu dgn spontan memegang kayu hoki,payung aku(huhu)selipar,tin biskut,penutup tin biskut warga top floor melancarkan strategi menghalau anjing tersebut.aku yg berani2 mamai berlari kankang besar sambil membuat bunyi yg kuat dgn harapan dapat menakutkan anjing tersebut.tp sampai je kat anjing tu,aku plak yg takut.besaq dow anjing tu.yg bengapnye anjing nie,reti naik tangga tp x reti turun tangga.degil btoi ahhh.org nak tdo nie.anjing tu buat bising lak.kene gigit ni,maunye kene samak 1 minggu.

akibat tekanan yg kuat dari warga blog,anjing tersebut membuat keputusan yg sgt drastik dan dengan spontannye anjing tersebut terjun dari tingkat tiga dan.....
masih hidup!!!!
kelakuan yg sgt thriller di dpn mata aku.
anjing tu mmg panjang umurnya,dgn keadaan x brape btol berjalan(mgkin kaki patah kowt)berlalu dari blok itu...

Monday, March 30, 2009

Wadai Kiping


ini wadai @ kuih banjar yg agak popular kat kampung aku.
wadai kiping diperbuat daripada tepung pulut dan digentel2
menjadi bulat dan di masak sekali dgn gula merah.skrg ni dah jarang
jumpa dijuai kat kedai.xdek lagi kot.slalu pon skrg ni buat mase kenduri je.
last aku mkn pon thn lepas mase sepupu aku kawin.byk lagi wadai urang banjar
spt wadai kalakatar,lapat pisang,lapat hubik,talinga hinduk,wajik haruan,lmping niyur dan mcm2 lagi laaa.
waaaaa...rindu nye mknan ni semua.nak balik kampung!!!!!!!

aku menghedit akhirnya


aku dah ada blog,so maknanya aku ialah bloggers.
tapi kenapa aku dah updated blog aku???
haa... yang ini yang nak tahu nya.

masalahnya skang ni tengah exam.perlu la stadi.aku bukan nyer pandey mane pon.
kena la stadi.kadang-kadang malas la pulak.
tambah2 skang ni ade facebook yang laghoo tu.
lagi la suka buat menda2 laghoo tu.laghoo la katakan.
so akibat tekanan daripada otai2 bloggers lain,
aku merajinkan la skit mengupdated blog nie.
korang dah pueh hati skg?
mari kita menyanyi.
hahaha



matahari timbul
menyinar cahayanya
burung dihutan
menyeri sayapnya
bunga melalas kembang
rama2 pon datang
alam semesta bergerak seluruhnya

mari kawan2
marilah semua
ikutlah tauladan
mana yang mulia
lihat tumbuh-tumbuhan
hidup berteman-teman
bekerjasama dan berbantu-bantuan

Saturday, March 28, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Jamilah Hani dan Suami
Siti NurHusna dan suami
Syarifah Anis dan Suami
Baiti dan Suami

baru2 ni baru aku taw yg ade membe yg same sekolah ngan aku dah kawin.maaf la x dpt hadir,tau pon idok sah2 la x dijemput.membe pon x bgtaw.taw pon dari blog je.mgkin salah aku sbb dah lame x kontek korg.ye la,tinggalkan madid dlm keadaan tergesa2.pegi jenguk pon idok.tp papehal semoga korg bahagia ke anak cucu ek.

Thursday, March 26, 2009

bagai jatuh ke lubang arnab

ari ni aku cam jatuh dalam lubang,x tahu ape2 tetiba di kelilingi benda2 yg asing.
macam cite alice wonderland.cite mase kecik2 yg sampai skg aku x pernah bace buku tu.taw pon dari cite2 kat tv.macam versi dah tgk.
dikelilingi org yang yang cepat kecik ati.baik kat sorg tu,org lain tu plak merajok.ape nak jadi laa.last2 aku gak yg serba salah...

Wednesday, March 25, 2009

maka bermulalah....








title je pon.
konon cam kreatif giler.tp penyampaian x beberapa sampai.kaki pendek kot.
sapo reti edit2 gambo nie,x reti r aku.last aku edit gambor pon mase sem 1 kot.
tu pon dapat hadiah,antara yg terbaik gak r.hehehee.
tp lepas tu hampehh.

aaarrghhhh......
pebenda aku nulih nie!!!!!!

Monday, March 23, 2009

cam mimpi lak

memang mimpi pon