Wednesday, April 15, 2009

mohle kite belajo loghat perak


Kawan aku selalu suruh aku cakap loghat Perak. Tetapi tak tahu kenapa lidah aku boleh jadi kelu. Aku memang tak biasa cakap bahasa sendiri dengan orang luar.

Loghat Perak ade banyak jenis
-Loghat Perak kuno ( dah pupus rasanya)
-Loghat Perak 'standard'
-Loghat Kuale(kuala kangsar,padang rengas)
-Loghat Perak Bota (daerah Perak Tengah dan paling pekat)
-Loghat Perak Utara (lebih kurang Kedah, di bahagian Bagan Serai, Parit Buntar .....)

-Loghat Perak Selatan (lebih kurang bahasa Melayu 'standard')

-Loghat Hulu Perak(terpengaruh dengan bahasa Siam dan Kelantan)
Loghat Perak ini banyak meminggirkan huruf 'R'.
Contohnya kerbau = KEROBO ---> ke-gho-bo
Jadi huruf R akan bertukar menjadi 'GH'. Mungkin ini salah satu sebab sampai sekarang aku gagal menyebut huruf 'R' dengan sempurna...(Hehehe...dan-dan je)

aku lahir kat perak utara.tempias kedah tu tipu r kalo aku cakap takde.dah r lahir kat kawasan orang banjar.sekolah pulak tinggi2.memang telah distandardkan.tapi aku tak lupa diri.aku tau sapa aku.asai dari mana.tapi jadi yang standard ni yg bagus nya bole paham sket semua loghat yang ada.nak cakap tu boo ooleh lah.

Loghat Perak ini banyak meminggirkan huruf 'R'.
Contohnya kerbau = KEROBO ---> ke-gho-bo
Jadi huruf R akan bertukar menjadi 'GH'. Mungkin ini salah satu sebab sampai sekarang aku gagal menyebut huruf 'R' dengan sempurna...(Hehehe...dan-dan je)

KATA GANTI NAMA

Saya/Aku = Awok, Keme, Teman
Awak/Engkau = Mike, Kamu
Kamu Semua = Kome
Mereka = Deme (there mer)
Panggilan untuk orang lelaki / anak sulung lelaki= Yob
Panggilan untuk orang perempuan / anak sulung perempuan = Yong


Istilah-istilah ini aku salin daripada internet saja. =)

HAKAP = Tamak

NGELER'WO = Ngelewor, Nge Ley Wo –
Terumbang ambing kekiri ke kanan [Macam ular kena palu]

BULOR =, Bulo, Bu Lo –
Lapar tak makan ATAU Ingin, Hendak [biasanya dengan pangkal negatif -
Tak]

BOLEN = Bertelanjang Bulat

MERABAN TEBEN = [Reyben Teyben] –
Tak Tentu Arah, Perbuatan yang Pening

NYELAP SADOR = seseorang yg seperti dirasuk @ di luar kawalan di
tahap sederhana... .

NGELE'NYOR = Mengedik atau pun ngada²/ gatal

BIOT = Degil

PEROK = jakun / tak pernah tengok benda..

MUNCOH = dah kaya banyak duit atau berharta

TOBEN = tua Bangka

MERAMBU = joli sana sini

KEMIN = kemas

NYEGHOGIN = tersenyum sorang diri

REBEN TEYBEN = seluin jer – selekeh

TAK AJAP = TAK layan/ tak jadi hal

MENTEKEDAGHOH = menterchiker – makan

MEROLOH = Tidor.

GHODI/KODI = repair/belek

MENTONG = makan sampai due kali atau tambah 2 kali

PAKA@ PAKEI = pakai atau guna

YA'NGAT = minuman panas (tea, kopi, melo, neskepe dll)

CIK CIBOR = pepatung

KALA LIPIT = kala jengkin (scorpions)

CENCOGHOT = tikuih ketughi

JELEBOR = labi²

LABUN = cakap

SEMUT GATEY = semut api

MENGKIOK = besar sikit dari anai2 selalunya menjadi kalkatu..

BEDAGHOH = berdarah



CENANGOR = serangga yg berbau busuk selalu dijumpai berhampiran dgn
lampu

LECAH = Lumpur

NGETIT = ngokak / gigit ketip

CONONGGENG = b***** ayam-
sample ayat:"cube bak sini cenonggeng goren tu"

ENCONOT =..... .. atau tongken ayam

LIBANG LIBU = perasaan resah gelisah....

MEGHEDANG-GHEDANG = (meredang-redang) maksud dia membuta-tuli

SENTEN = menarik kaki seluar ke atas.....ataupun singkat dlm bahasa
pekan nya

SIUT = cucuh / menyalakan

NYARIGH = mujor

BENGKIN = garang

GETAK =jatuh / luruh

GEGHOTOK/GEROTOK = jambatan

MENTELUN = seluar panjang (pantaloon)

KAYU ROL = kayu pembaris

SEPEROH = alas / lapik meja

JEGHOLONG = tempat buang sampah kat tepi hutan

PIOR = tulin asli

ACEKEME = macamana kalau

PENGGE = lontar, baling

HAMBAT = kejar

GHULU GHELO = hulu hilir

NGELAT = menipu

SELE'WIN = kira buat asal siap, comot

HINCIT = Ketepi, ngeysot

GETIK = nyampoh (menyampah)

GANJEI = terkena / naya / terkejut

REBER = sesak, beriya, gedik, poyo..

SA-NGEIYR atau SANGEI = tudung saji

SI-YAR* (sengorkan bunyi..yar.. tu..) = mangguk tingkat

MENYENGKET - mengintai, mengendap

GILA SEPEREGHE = separuh gile

BEBEY = degil tahap batu gajah

NIN = jernih...
'nin bebenor ayor sungei tu...terhinggin benor nak terojun..'

GENYII = geli geleman

MENYELEBIUR= terjuih bibir

NYADIN = buat derk aje

MELENGKO = membelit
'ater komer lekas nengok ulor beso melengko ataih pago rumoh pak
bako.'

MENEBEN MUKE = melangok kat kedai kopi

TAK SIOR = tak ingin

BERDANO = kotor sangat

NYENDIN = tumpang sekaki

SEMBAI = pasir halus yang basah...(pasir sungai)
cher miker pegi kaup sembai kat sungei tu, elok bebeno mbuat bancuh
simen

LIMBAH = air kotor/Lumpur

MENGEROGHNYOT = berdenyut-denyut

MEMBANGAO BAU = busuk baunya

BERDA'AH = bohong/menipu/ kelentong

TERPEROGHONGO = berlubang besar

PETIA = memang sudah direnung/ memang yakin

NYIOR KUTEY = kelapa yang dah kering kat atas pokok kelapa

BERONGGOK = berkumpul

TAWO LEYSYUR = masakan terlalu tawar

JENUH = lama sangat..

BONYEH = berlendir/berlendio r

MELANTUNG KOHONG = busuk sesangat

BENGKEN - Garang, cengih

TENEHOK - Terkilan

TAKHSYIOR - Risau sebab ragu2

JELEPEK - Keadaan badan yg lemah longlai, tak terdaya buat apa2

GOBOK - Almari

PEJOH - Hal keadaan tidur yg terlalu lena sampai tak sedar apa (tido
mampus)

NYOGHOGAT - Perasaan menyampah terhadap sesuatu + sikit tak suka

GETIK - Tak suka / Benci

LANGGAT - Susun; biasa guna pada pinggan eg: "Ce langgat pinggan tu
Man..."

CE - Cuba / Try

MENGHENTE-Merempat

GOSTAN-Undur belakang.

NOHEN-No hint Buat tak ambil peduli

HEMPAH PIOR-Bertungkus lumus,bersungguh2.

NYEGHOLANG-Terang bernderang,bercahay a2.

BERGHANSO-Mintak diri,nak balik.


Jikalau Bahasa Melayu ade kategori Manglish, bahasa Perak pun ada Peralish juga...

GOMEN (Government) = Kerajaan

PUIH OPES (Post Office) = Pejabat Pos

PORES (Forest) = Peker

MENTOKA/MOTOKAR (Motorcar) = Kereta


SELAIT (Torch Light) =Lampu Picit

MAKET (Market) = Pasar

37 comments:

  1. aku tahu sebutan apa ke?
    kan kan..
    tu kt perak panggil gitu kan
    apa ke engkau buat tu diklid?
    -ninananani

    ReplyDelete
  2. Jemput ke laman blog loghat perak:
    http://sharouk1.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Bagi 'saperah' - speghoh tu ckp oghang kualer kangso dgn bote...org Ipoh (daerah Kinta) mcm teman ni bunyinya 'sepeghah' atau 'seperah'.

    Merah - 'meghoh' (kualer & Bota) - Meghah (Ipoh , daerah Kinta,

    Jambatan - sebutan org Ipoh (Daerah Kinta) ialah geghotak. Geghotok tu sebutan org Kualer dan Bota, Parit.

    Gostan untuk megundur tu, asalnya bahasa Inggeris zaman kolonial (go astern)

    Even nama tempat macam Manjoi tu asalnya Bahasa Inggeris 'Mount Joy'..tapi org Melayu sebut manjoi2 maka jadilah Manjoi.

    Masa dulu, nama bagi Teluk Intan tu Teluk Ensen (Telok Anson, mengambil sempena nama D.O. orang Inggeris masa tu Mr Anson)

    Ghodi untuk repair dan belek dan geghodi ialah bagi drilling. Perkataan loghat Perak geghodi (Gerudi) telah digunapakai oleh Dewan Bahasa.

    Perkataan Perak tu sendiri lain sebutannya mengikut daerah. Bagi Ipoh dan daerah Kinta sebutannya ialah Peghak. Bagi Kuala Kangsar Kualer Kangso), Parit dan Bota sebutannya Peghok.

    Congrats to the blog owner. This is interesting. TQ. :)

    ReplyDelete
  4. ade sesetengah sama dgn perkataan lorat trengganu, jabatan(getok) ci(cuba)

    ReplyDelete
  5. bagi oghang Bote, Parit, 'geghotak' deme sebot 'gotak' je.

    same macam durian. Taiping, Kuale, bawok ke ipoh-Kinta, deme sebot 'deghoyan'. naik ateh sikek lagi, deme kabor le 'doghoyan'. sampei ke Bote, Parit, pusing ke Beruas, Teluk Intan, deme cakap 'doyan'. ^^

    ReplyDelete
  6. Kebelei.....maksudnya hypoglycemic..contoh ayat.. Budak baghu belajo puasa cepat beno kebelei.

    ReplyDelete
  7. apa ke payah bebenor loghat peghak ni??saya org peghak pun x reti nk sebut..hu3..tp mmg ada yg sama ngan loghat terengganu especially pada p'kataan yg bunyi 'or' kat hujung cntoh tampor(tampar),ngelepor (ngelepar),suratkabor (suratkhabar)..

    ReplyDelete
  8. kalau tidak seimbang dlm bahasa perak ape pulak bunyi nye???

    ReplyDelete
  9. ada sedikit persamaan dgn loghat ganu..

    ReplyDelete
  10. Aje dikaborkan... Huhuhu perak takkan lupuih dek zaman Oi...

    ReplyDelete
  11. Aje dikaborkan... Huhuhu perak takkan lupuih dek zaman Oi...

    ReplyDelete
  12. aje dengan ye. Ate deme jangan le nonge aje. cube pikio bebetui.

    ReplyDelete
  13. Boleh tolong bg tunjuk ajar sikit bhsa pangilan kekeluargaan perak...sebab kerja kursus kami berkaitan dengan panggilan. Klau boleh whtspp sy...minta tolong sgt2...ni no whtspp sy 0178839750

    ReplyDelete
  14. hai..

    nak terangkan/explain..

    the 'r' sound in Perak Malay is similar to the French one. If you know, it doesn't matter.

    ReplyDelete
  15. Org parit buntaq ka bos.. Banjar ke

    ReplyDelete
  16. Org parit buntaq ka bos.. Banjar ke

    ReplyDelete
  17. pening kepale teman.bnyk loghat perak upe nye

    ReplyDelete
  18. Orang ipoh memang teruk. Sepanjang 6 tahun aku duduk sana memang dapat banyak sakit hati. Salah satunya diorang tak suka kita lebih daripada diorang sebab kalau lebih memang diorang akan kondem habis-habisan tak pun sanggup santau kita. Adik aku jenis pandai kat sekolah tapi dipulaukan budak sekelas sebab lebih pandai daripada diorang. Jadi pelajaran adik aku merosot sebab nak berkawan dengan diorang terpaksa abaikan pelajaran. Aku pulak pernah cakap aku nak sambung belajar. Nak tau apa diorang cakap? "aku yakin kau tak boleh sebab aku nampak kau macam tak pandai" ada ke dia cakap macam tu. Bersungguh-sungguh dia kata kat aku kalau aku cakap benda yang sama. Tapi sekarang alhamdulillah aku sekarang sambung belajar ijazah kat kl dan tak lama lagi nak graduate. Itu belum lagi bab bukak kedai makan. Kalau korang perasan kat sana kedai makan ada satu jer kat satu2 tempat sebab diorang tak suka bersaing. Kalau bukak sebelah-menyebelah jugak memang diorang akan santau-menyantau. Santau-menyantau ni makanan wajib diorang kalau tak puas hati. Lepas tu kalau diorang lepak tak kira laki atau perempuan memang akan sembang teruk2. Yang perempuan sembang mesti nak mengumpat memanjang, kalau laki diorang jumpa mesti akan cakap "aku tak puas hati kat dia ni". Itu belum lagi kalau bawak kenderaan kat ipoh, memang diorang ni pentingkan diri sendiri. Kalau kita nak bagi signal sebab nak masuk line diorang mesti nak hon memanjang macam tak bagi masuk. Dah la suka cucuk belakang padahal kat jalan perumahan jer itu pun diorang buat. Jadi sapa yang nak duduk kat ipoh nasihat aku jaga2 dengan diorang sebab takut dia jatuhkan kau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aje nak nipu kome weyhh, aku org Terengganu dok Ipoh udah 15 tahun aku meniaga di sana, mende yg kamu tulis 1 pun xde yg benor, kalau kate santau, mane2 org Melayu yg hati busuk pun akan santau xkisah lerr dari Negeri mane pun, pasal hon, org Ipoh xde nye nak hon sesuke hati melain kan bawak kereta mcm gampang dan xbagi signal,mane negeri2 pun ada je babi2 yg xreti bagi signal, udah ler nak burok2 kan org kalau diri sendiri mentekedaghoh, boleh nampok lerr sape hati busuk, aku org terengganu dok Ipoh xde pulak masaalah elok je niage dlm Manjoi nie haa, hati busuk, dengki mane2 pun Daerah,Negeri,Negara pun ade, salah satu mcm kamu lerr😆, kalau setakat 20org kamu jumpe mcm yg kamu tulis tu xsemesti 100ribu org ipoh busuk hati, kalau org ipoh semua busuk hati hancor ipoh, silap2 xwujud da weyhh😆

      Delete
  19. Bahasa perak nie kalau nk tulis mmg ssh, takot lain bunyi nye...
    Kna ddk berdepan baru tau bunyi loghat perak...teman org kuale tp dh merantau ke selangor...tp bahasa ibunda perak x kan ku lupe...

    ReplyDelete
  20. Aku ni darah camouran Perak utara ngan Muar Johor.perak utara ni depa cakap bahasa utara kedah campoq Penang sikit.tapi Muar Johor ni dia macam bunyi Pahang ii sikit

    ReplyDelete
  21. Hulu perak terpengaruh bahasa siam celah mna??patani,kelantan ,kedah atau lebih tepat reman main sebat jer penulis blog ni studi lh dlu

    ReplyDelete
  22. kalau ‘tak lama kemudian @ tak lma selepas itu’ dalam bahasa perak sebut mcm mana

    ReplyDelete
  23. Yong ni dilahir di singhepughe tp blajo & krojedi ipoh, oghang tua ase dr bote parit ..tumpo kome skrg menetap di batu pahat..mula2 dulu ckp ler perok .. Ngelewor kome,keme nyeghogin ate dh mcm katak bwh tpurong ...

    ReplyDelete